Monday, August 31, 2009

Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah..
kembali ke sekolah..
Hari ini 11 ramadhan 1430hijrah, alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Hari pertama persekolahan setelah seminggu bercuti, rindu dengan anak-anak murid..

Terasa sedih mengenangkan ramadhan hanya tinggal 19 hari lagi..Allahuakbar..
Sedih juga mengenangkan hanya ada 4minggu lagi di sk Dato' maharajalela..

Moga Allah mudahkan semua urusan..

Tuesday, August 18, 2009

Minggu menjelang cuti penggal kedua persekolahan..

Minggu ini memaparkan pelbagai kerenah insan.
Influenza A H1N1 semakin merebak dan mengancam
kesihatan semua khasnya golongan anak-anak kecil
yang mudah terdedah kepada penyakit.
Lantaran itu, di bumi sk Dato' Maharajalela ini
juga tidak terkecuali.Walaupun tiada kes dikenalpasti, tahap
kesihatan pelajar membimbangkan. Ini kerana, terdapat sebilangan pelajar
yang tidak hadir kerana demam dan sebagainya.
Hal ini menyebabkan, ujian bulanan, bagi ogos juga ditangguhkan
berikutan jumlah pelajar yang tidak hadir bertambah.
Namun, pnp tetap diteruskan seperti biasa.
Program bulan kemerdekaan juga berjalan seperti biasa.
Minggu ini menantikan 1 ramadhan yang besar kemungkinan akan bermula sabtu,22 ogos.
Esok, adalah hari untuk penetapan ramadhan kerna pada petangnya dijalankan melihat anak bulan.
Ahlan ya Ramadhan...
Minggu hadapan, bermula 22-31 ogos, cuti persekolahan bermula.
So, selamat bercuti ustazah najwa...

Wednesday, August 12, 2009

Sekitar hari persekolahan...

Minggu kedua untuk bulan ogos. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Minggu ini sekolah mengadakan Kem Bestari Solat dan English Language Programme iaitu Action Song.
Selaku guru kelas, sedaya upaya memberi sokongan
dan galakan buat semua murid-murid.
Actually, we do the job as 'ibadah,
for the sake of Allah and to fulfill the students need.
Ya Allah, mudahkanlah setiap urusan hambaMu ini.
Amin ya rabbal 'Alamin..
Ramadhan Al-Mubaraq semakin hampir,
moga Allah beri kekuatan untuk melaluinya dengan penuh kesabaran.
Bulan kemerdekaan, tanggal 31 ogos 2009,
merupakan tahun ke-52 kemerdekaan.
Doa agar Allah pelihara bumi Malaysia
dan lindungi semua
dari ancaman Influenza H1N1 yang semakin membimbangkan.
Allahuakbar!!!

Tuesday, August 4, 2009

Menelusuri perjalanan bergelar pendidik...

Alhamdulillah,
hari-hari yang dilalui
dengan pelbagai ragam murid-murid.
Keseronokan hadir tatkala membimbing mereka
mengenal sesuatu yang baru.
Membentuk mereka
melalui pnp yang berkesan dan berhikmah.
Moga hati nurani mereka disinari nur
dan
mudah menerima ilmu pelajaran,insyaAllah..
Mudahkanlah setiap urusan hambaMu ini, ya Allah...