Sunday, August 15, 2010

2010 yang bermula dengan redha Allah...

Alhamdulillah, 2010 dalam kalendar kehidupan,
dalam percaturan Maha Pencipta,
Yang maha mengatur hidupku ini..
alhamdulillah, usia menjengah 25 tahun,
setelah sah bergelar isteri pada 14 Febuari 2010..
Moga diberi kekuatan oleh Allah melaksanakan dan melayari
bahtera kehidupan beumahtangga..
doaku agar pernikahan ini natujahnya pertemuan abadi di firdausi..
dambaan abdul wafi dan nurul najwa...
InnAllahama'ana..

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan Kareem....

Ya Allah, pelihara diriku pada ramadhan ini ya Allah. pelihara MATAku agar tidak melihat dan menyaksikan kemaksiatan dan kemungkaran. pelihara TELINGAku dari bisikan-bisikan syaitan agar aku pendengaranku sentiasa mendengar kalamullah dan zikrullah. Pelihara LIDAHku agar aku sentiasa berzikir dan mengalun ayat-ayat Al-Quran. Pelihara HATIku agar aku sentiasa IKHLAS dalam setiap amalku. Pelihara NIATku agar aku sentiasa melakukan amalan hanya keranaMu ya Allah..Ya Allah, pelihara JASADku agar aku dapati jasadku ini hanya untuk beribadah padaMU. Peliharalah ruhku agar aku hanya memberikannya makanan rohani yang membuatnya hidup dalam iman dan taqwa. Ya Allah, tundukkan nafsuku agar ia tidak diselubungi bisikan-bisikan syaitan.Ya Allah, hanya padaMu hamba mohon perlindunagn kerana hanya ENGKAulah sebaik-baik pelindung. Ya Allah, moga hidayatMu tersebar kedalam hati-hati setiap insan agar mereka mentauhidkanMU.....

Thursday, September 3, 2009

Saiyyidul Ayyam, yaumul jumuah..

Alhamdulillah, hari ini telah masuk 14 ramadhan seluruh umat Islam berpuasa.
Persekolahan seperti biasa. Berikutan exam UPSR bakal diadakan minggu hadpan, sebahagian murid cuti rehat berikutan ada sesetengah kelas digunakan. Tak ketinggalan, today, tahun 2 cuit direhatkan. So, ada peluang Allah beri untuk melirikkan jari jemari ini di blog ini hari ini.
Isnin ini juga cuti, sempena Nuzul Al-Quran, 17 ramadhan.
lagu-lagu raya, kad raya mula mengambil tempat dalam kehidupan harian umat Islam. Tak kurang juga, suri2 rumah yang sibuk dengan langsir baru, baju baru, etc.
HAKIKATNYA, ramadhan yang hanya tinggal 16 hari ini seharusnya didisi dengan lipat ganda amalan, dan ibadah agar kita sama2 memperolehi keampunanNYA. Bayangkan, pada bulan penuh barakah ini, setiap amalan digandakan. Jadi, muhasabah diri, tazkiyatun nafs, agar ramadhan kali ini memberi impak besar dalam diri. Andaikata ini ramadhan terakhir, how?so, selagi ruh bersama jasad, Allah beri kekuatan dan redhaNya, maka raihlah seberapa banyak nikmat dalam ramadhan ini. InsyaAllah, hidayah Allah pasti datang andai kita sungguh2 dalam agama, ISLAM, ad-din syumul..
Buat semua umat Islam, selamat menjalani ibadah puasa, terawih, tadarus Al-Quran. Moga istiqamah dalam amal. Doa hidayat untuk semua makhluk di dunia ini..Allahuakbar!!!

Wednesday, September 2, 2009

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, selesai isi application form utk gstt sabk.
Doa moga Allah mudahkan dan limpahkan rezeki buat hambaNya ini.
Minggu ni tak banyak yang berubah,
cuma waktu persekolahan sesi petang jadi singkat.
Waktu balik pukul 5.30 petang.
Semalam dengan fara jenguk2 bazar ramadhan bukit kuching.
Beli ape yang patut. Dan yang penting, kuih seri ayu..berbuka berdua dengan fara,
dalam hati teingatkan adik, najah, syahid dan mak di rumah,
bapak di johor, emy di melaka, dan adah di sg lang..
sempat lagi send sms pada mereka..
"ala kulli hal...moga tiap urusanku dalam redha Allah..amin..

Alhamdulillah..

Moga Allah mudahkan segala urusan.
Jari ni mungkin tak selesa untuk menuturkan kata-kata..
namun, dihati ini, kesedihan meruntun hati..sesuatu yang sukar diungkap.
Kadangkala, terasa sebak dan berlinang airmata.
Permusfiran di bumi Allah ini, menuntut tiap insan melalui jalan yang berbeza,
namun dalam acuan yang sama, ad-din suci, ISLAM..
Ramadhan Kareem, bulan ibadah penuh rahmat, keampunan dan barakah.
Moga ALlah beri kuakuatan untuk istiqamah ibadah dalam
bulan ini dan menjadi rutin di bulan yang mendatang.
Hati agak sayu, sukar diungkap..dalam diam...air mata ini mengalir..
Allahuakbar!!! hidupku, matiku, perjuanganku, ibadahku, hanya keranaMu.. Hidup adalah IBADAH..

Monday, August 31, 2009

Ramadhan Kareem..

Alhamdulillah..
kembali ke sekolah..
Hari ini 11 ramadhan 1430hijrah, alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Hari pertama persekolahan setelah seminggu bercuti, rindu dengan anak-anak murid..

Terasa sedih mengenangkan ramadhan hanya tinggal 19 hari lagi..Allahuakbar..
Sedih juga mengenangkan hanya ada 4minggu lagi di sk Dato' maharajalela..

Moga Allah mudahkan semua urusan..

Tuesday, August 18, 2009

Minggu menjelang cuti penggal kedua persekolahan..

Minggu ini memaparkan pelbagai kerenah insan.
Influenza A H1N1 semakin merebak dan mengancam
kesihatan semua khasnya golongan anak-anak kecil
yang mudah terdedah kepada penyakit.
Lantaran itu, di bumi sk Dato' Maharajalela ini
juga tidak terkecuali.Walaupun tiada kes dikenalpasti, tahap
kesihatan pelajar membimbangkan. Ini kerana, terdapat sebilangan pelajar
yang tidak hadir kerana demam dan sebagainya.
Hal ini menyebabkan, ujian bulanan, bagi ogos juga ditangguhkan
berikutan jumlah pelajar yang tidak hadir bertambah.
Namun, pnp tetap diteruskan seperti biasa.
Program bulan kemerdekaan juga berjalan seperti biasa.
Minggu ini menantikan 1 ramadhan yang besar kemungkinan akan bermula sabtu,22 ogos.
Esok, adalah hari untuk penetapan ramadhan kerna pada petangnya dijalankan melihat anak bulan.
Ahlan ya Ramadhan...
Minggu hadapan, bermula 22-31 ogos, cuti persekolahan bermula.
So, selamat bercuti ustazah najwa...