Thursday, September 3, 2009

Saiyyidul Ayyam, yaumul jumuah..

Alhamdulillah, hari ini telah masuk 14 ramadhan seluruh umat Islam berpuasa.
Persekolahan seperti biasa. Berikutan exam UPSR bakal diadakan minggu hadpan, sebahagian murid cuti rehat berikutan ada sesetengah kelas digunakan. Tak ketinggalan, today, tahun 2 cuit direhatkan. So, ada peluang Allah beri untuk melirikkan jari jemari ini di blog ini hari ini.
Isnin ini juga cuti, sempena Nuzul Al-Quran, 17 ramadhan.
lagu-lagu raya, kad raya mula mengambil tempat dalam kehidupan harian umat Islam. Tak kurang juga, suri2 rumah yang sibuk dengan langsir baru, baju baru, etc.
HAKIKATNYA, ramadhan yang hanya tinggal 16 hari ini seharusnya didisi dengan lipat ganda amalan, dan ibadah agar kita sama2 memperolehi keampunanNYA. Bayangkan, pada bulan penuh barakah ini, setiap amalan digandakan. Jadi, muhasabah diri, tazkiyatun nafs, agar ramadhan kali ini memberi impak besar dalam diri. Andaikata ini ramadhan terakhir, how?so, selagi ruh bersama jasad, Allah beri kekuatan dan redhaNya, maka raihlah seberapa banyak nikmat dalam ramadhan ini. InsyaAllah, hidayah Allah pasti datang andai kita sungguh2 dalam agama, ISLAM, ad-din syumul..
Buat semua umat Islam, selamat menjalani ibadah puasa, terawih, tadarus Al-Quran. Moga istiqamah dalam amal. Doa hidayat untuk semua makhluk di dunia ini..Allahuakbar!!!

No comments:

Post a Comment