Tuesday, August 18, 2009

Minggu menjelang cuti penggal kedua persekolahan..

Minggu ini memaparkan pelbagai kerenah insan.
Influenza A H1N1 semakin merebak dan mengancam
kesihatan semua khasnya golongan anak-anak kecil
yang mudah terdedah kepada penyakit.
Lantaran itu, di bumi sk Dato' Maharajalela ini
juga tidak terkecuali.Walaupun tiada kes dikenalpasti, tahap
kesihatan pelajar membimbangkan. Ini kerana, terdapat sebilangan pelajar
yang tidak hadir kerana demam dan sebagainya.
Hal ini menyebabkan, ujian bulanan, bagi ogos juga ditangguhkan
berikutan jumlah pelajar yang tidak hadir bertambah.
Namun, pnp tetap diteruskan seperti biasa.
Program bulan kemerdekaan juga berjalan seperti biasa.
Minggu ini menantikan 1 ramadhan yang besar kemungkinan akan bermula sabtu,22 ogos.
Esok, adalah hari untuk penetapan ramadhan kerna pada petangnya dijalankan melihat anak bulan.
Ahlan ya Ramadhan...
Minggu hadapan, bermula 22-31 ogos, cuti persekolahan bermula.
So, selamat bercuti ustazah najwa...

No comments:

Post a Comment